LATIHAN INTERAKTIF.
SILA KLIK UNTUK MEMBUAT LATIHAN INI.
Indahnya Bahasa
Monday, 12 December 2011
Cerita Sang Arnab dan Kura-kura
Cerita Arnab dan Kura-kura.
Melalui video ini, guru boleh mendedahkan murid dengan kata nama khas, kata nama am, kata ganda dan kata kerja. Kaitkan cerita ini dengan tajuk tatabahasa yang diajar. Sebagai contoh seperti berikut.
Kata nama khas ( Sang Kura-kura, Sang Arnab)
Kata nama am( pokok, bukit)
Kata ganda( kura-kura)
Kata kerja(jalan, lari, tidur)
Saturday, 22 October 2011
MORFOLOGI : Kata Terbitan
Kata Terbitan
Kata terbitan ialah perkataan yang dibentuk melalui proses pengimbuhan.
a. Kata Terbitan Awalan
i. dengan awalan kata nama : peN- , pel- , per- , ke- , juru- , maha- , tata- , pra- , sub- , eka- , dwi-
Contohnya : perasap jurutera pembuat mahasiswa prasyarat
pelajar ketua ekabahasa tatabahasa dwifungsi
ii. dengan awalan kata kerja : meN- , memper- , ber- , be- , bel- , ter- , di- , diper-
Contohnya : melukis berladang berakit belajar
tersepak dipukul diperbuat memperoleh
iii. dengan awalan kata adjektif : ter- , se- , te-
Contohnya : teragung secantik teruncing
b. Kata Terbitan Berakhiran
i. dengan akhiran kata nama : -an , -wan , -man , -wati , -isme , -in , -at , -ah
Contohnya : timbalan , wartawan , seniman , hadirin , ustazah , olahragawati , hadirat , nasionalisme
ii. dengan akhiran kata kerja : -kan , -i
Contohnya : buatkan , turuti
c. Kata Terbitan Berapitan
i. dengan apitan kata nama : peN-....-an , per-....-an, pel-....-an , ke-....-an
Contohnya : pelaksanaan , pembuatan , pengambilan pelajaran , peradaban , kelainan , kejatuhan , persisiran
ii. dengan apitan kata kerja : meN-....kan, ber-... kan , ber...-an, di....-kan, meN-...-I, di...-I, diper...-kan, diper...-I, memper..-kan, memper...-i, ke...-an
Contohnya: keinggerisan kebaratan
d. Kata Terbitan Bersisipan
i. dengan sisipan kata nama: -el-, -em-,
Contohnya: kelabut kemuning
ii. dengan sisipan kata adjektif : -el, -er-, -em,-in
Contohnya: selerak serabut gemilang sinambung
iii dengan sisipan kata kerja: -el, -er, em-
Contohnya: geletar serabut gemuruh
Kata Majmuk
Kata majmuk merupakan rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang sisipan unsur lain.
a. Bentuk Kata Majmuk
i. Rangkai kata bebas. Contohnya:
bandar raya duta besar
lebuh raya gambar rajah
ketua menteri tengah hari
ii. Istilah khusus. Contohnya :
garis pusat, lut sinar garis pusat telefon dail terus
iii Kiasan atau simpulan bahasa.
Contohnya: kaki ayam pilih kasih berat mulut buah tangan anak emas
b. Ejaan kata majmuk yang telah mantap.
ada sejumlah kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
Contohnya: antarabangsa kakitangan suruhanjaya tandatangan sukarela
jawatankuasa olahraga warganegara beritahu setiausaha
c. Penjamakan kata majmuk
i. menggandakan perkataan pertama sahaja.
Contohnya: alat tulis alat-alat tulis
guru besar guru-guru besar
ii. menggunakan penanda jamak seperti :
semua Menteri Besar bukan semua Menteri-Menteri Besar
sekumpulan guru besar bukan sekumpulan guru besar-guru besar
d, Pengimbuhan Kata Majmuk
i. Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran sahaja tetap ditulis terpisah.
Contohnya : kenal pasti dikenal pasti
ambil alih mengambil alih
ii. sebagai satu perkataan.
Contohnya campur aduk mencampuradukkan
ambil alih mengambilalihan
daya serap kedayaserapan
Kata Ganda
a. Penggandaan penuh.
Contohnya : kalau-kalau cantik-cantik pulau-pulau makan-makan
b. Penggandaan separa.
Contohnya: laki lelaki
layang lelayang
tanya tertanya-tanya
c. Penggandaan berentak.
Contohnya: lauk-pauk anak-pinak kuih-muih gunung-ganang
d. Contoh bentuk penggandaan yang salah
i. setiap peserta-peserta sepatunya setiap peserta
ii. segala sampah-sarap sepatutnya segala sampah
iii para menteri-menteri sepattutnya para menteri
Golongan kata
Kata Nama
a. Kata Nama Am.
Contohnya baju, betik, ayah, dapur, kedai
b. Kata Nama Khas
Contohnya : Balai Polis Rawang, Majlis Perbandaran Kelang, Si Comel
c. Kata Ganti Nama
Contohnya: saudara, tuan, saya, anda, beliau
Kata Kerja
a. Kata Kerja Transitif - kata kerja yang mesti diikuti oleh objek.
Contohnya:
(kata kerja transitif aktif) (kata kerja pasif)
membeli(makanan) dibeli
menggunakan (tenaga) digunakan
mendiami (kawasan) kudiami
b. Kata Kerja tak Transitif - kata kerja yang tidak diikuti oleh objek.
Contohnya: (kata kerja tak transitif tak berpelengkap)
bangun datang tersenyum membesar berkeliaran
( kata kerja tak transitif berpelengkap)
Contohnya tinggal beransur berbantalkan
Kata Adjektif
Kata adjektif menerangkan sifat, rupa atau keadaan sesuatu.
Contohnya: berani, pandai, nipis, kecil, nakal, kuning, lambat, rindu
Kata Tugas
Kata yang terdiri daripada pelbagai jenis sama ada sebagi penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, pemeri ataupun tugas-tugas lain.
Contohnya: a. kata hubung : dan , atau, tetapi
b. kata seru : wah, amboi, aduh
c. kata tanya : bagaimana, siapa, bila, berapa
d. kata perintah : sila, tolong, harap
e. kata pangkal ayat :hatta, maka, shahadan
f. kata bantu : akan, sudah, pernah
g. kata penguat : amat, sangat, sungguh
h. kata penegas : juga, lah, tah, pun
i. kata nafi : tidak, bukan
j. kata pemeri : ialah, adalah
k. kata sendi nama : di, dari, dalam
l. kata pembenar : ya, benar,betul
m kata bilangan : dua, segala, masing-masing
n. kata arah : atas, situ, dalam
o. kata pembenda : yang, -nya
p. kata penekan : nya

Saturday, 15 October 2011
MORFOLOGI : Kata Dasar atau Kata Tunggal
Takrif Kata
Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu.
Kata dasar ialah perkataan yang tidak menerima imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian ( pemajmukan).
contohnya:
akan, aroma, makan, doa, liat, manfaat
Akronim
Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. akronim ditulis dengan tiga cara( bergantung pada cara pembentukannya).
i. Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas ditulis besar.
Contohnya : ABIM( Angkatan Belia Islam Malaysia)
IKIM ( Institut Kefahaman Islam Malaysia)
ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil.
Contohnya : tabika (taman bimbingan kanak-kanak)
kugiran (kumpulan gitar rancak)
cerpen (cerita pendek)
iii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi nama khas ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar.
Contohnya : Bernama (Berita Nasional Negara)
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
Petronas (Petroleum Nasional)
Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu.
Kata Dasar atau Kata Tunggal.
contohnya:
akan, aroma, makan, doa, liat, manfaat
Akronim
Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. akronim ditulis dengan tiga cara( bergantung pada cara pembentukannya).
i. Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas ditulis besar.
Contohnya : ABIM( Angkatan Belia Islam Malaysia)
IKIM ( Institut Kefahaman Islam Malaysia)
ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil.
Contohnya : tabika (taman bimbingan kanak-kanak)
kugiran (kumpulan gitar rancak)
cerpen (cerita pendek)
iii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi nama khas ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar.
Contohnya : Bernama (Berita Nasional Negara)
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
Petronas (Petroleum Nasional)
Subscribe to:
Posts (Atom)